Hari ni, Bunk nak kongsikan trick untuk anda kenakan rakan atau keluarga anda. Nama sebenar bagi trick ini ialah “THE MYSTERIOUS NUMBERS”. Cara untuk melakukannya adalah sangat mudah dan Bunk yakin semua orang mampu melakukannya dengan betul.
Apa yang anda akan lakukan dlm trick ini ialah, anda akan meneka nombor yang rakan anda pilih setelah ditambah, ditolak, dibahagi dan didarab. Mereka pasti akan teruja dengan kepakaran anda kerana mereka menyangka anda benar2 dapat menilik kepala mereka.
Mari Mulakannya
1)Suruh sesiapa shaja memikir satu nombor. Tak kiralah berapa banyak pon. Tetapi janganlah banyak sampai ke ribu juta. Nombor yang sesuai ialah antara 1 - 20.
2)Suruh mereka tambahkan nombor mereka tadi dengan nombor yang mereka pilih tadi. Jika mereka pilih nombor 5. Jadi (5+5).
3)Suruh mereka tambahkan 4 kepada hasil tambah tadi. Contohnya. 5+5=10 kemudian 10+4=14.
4)Kemudian, bahagikan hasil tambah tadi dengan 2. Jadi, ia akan jadi seperti, (14/2=7).
5)Seterusnya, suruh mereka tolakkan hasil bahagi tadi dengan nombor yang mereka pilih di permulaan permainan tadi. Contohnya akan jadi seperti ini (7-5=2)
Jadi, jawapannya adalah 2. Jika mereka pilih apa2 nombor sekalipun, jawapannya pasti menjadi 2. So, selepas mereka sudah lakukan kesemua step di atas, anda perlulah memberithahu jawapan yang kononnya anda baca dari otak mereka. Contoh ayat ialah "Jawapannya ialah 2!!!". Mereka pasti rasa teruja dengan kebolehan anda. Tapi ingat, lakukan sekali sahaja teknik ini kepada seseorang itu, kerana jika lebih, mereka akan mengesyaki tipu helah anda.
Kalau ada apa2 masalah. Tinggalkan komen dan Bunk akan sedaya-upaya membantu anda. Terima kasih kerana sudi membaca post kali ni.
~SEMOGA BERJAYA~
Post a Comment