BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Cerita Hantu (UMP)

Labels:
   Hari ni buat pertama kalinya Bunk post mengenai HANTU!!! dan ini membuatkan post kali ni lebih menarik dari yang sebelumnya.

   Kisah ni berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kisah ini Bunk dengar dari abang Bunk sendiri yang juga menuntut di UMP. Tapi Bunk yakin cerita ini memang benar. KOT????


Begini Ceritanya Bermula :

   Ada satu jalan kat UMP ni yang sangat cantik. Pihak universiti memang hias jalan ni untuk pelajar-pelajar release stress dengan berjalan-jalan di sekitarnya tak kira siang mahupun malam. Jadi, satu malam ni kira-kira pukul 10-11 cam tu la, 4 pelajar perempuan atau kata orang putihnya students pegi keluar jalan-jalan kat jalan ni. Bukanlah jalan kaki, naik kereta. Biasalah budak universiti memang boleh bawak kenderaan.

   Tengah syok mereka berborak, tiba-tiba enjin kereta pon mati. Biasalah, sikap semula jadi perempuan, bila jadi macam ni tambahan pula di waktu malam, gelabah aaa diorang ni. Otak pon dah mula fikir macam-macam. Serabut dibuatnya.

   Salah seorang dari mereka pon dapat satu idea, dia keluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi kawan lelakinya. Dia menyatakan bahawa keretanya rosak dan mahu lelaki itu datang secepat mungkin untuk memberi bantuan. Lelaki ni pon bersedia la dengan peralatan-peralatan untuk membaiki kenderaan. Kemudian, dia mengajak seorang rakannya untuk menemaninya. Mereka pon pergi ke kawasan kejadian dengan menaiki 2 motosikal.

   Lelaki itu pon tiba di tempat kejadian dan meletakkan motosikalnya agak jauh dari kereta yang rosak itu. Beberapa minit kemudian mereka pon pulang tanpa menghulurkan sebarang bantuan. Wanita-wanita itu pon masih menunggu sehinggalah tiba-tiba kereta mereka boleh di start semula.

   Mereka pon pulang ke dorm masing-masing. Keesokannya mereka bertanya kepada kawan lelaki mereka itu kenapa tidak hadir. Mereka menjawab bahawa mereka sudah datang tetapi mereka ternampak POCONG!!!! di belakang bonet kereta kereta wanita berkenaan. Mereka pon lari la.
3 comments:

huhuhu malam2 bute ni bace crite antue... EEEE


btol ke nihh..


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?