BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Lawak Produk Kebersihan dan Wangian

Labels:
Lawak kali ni sememangnya sengal kalau anda baca. Bnuk pun dapat lawak ni dari kawan Bunk. Tak perlulah dituliskan nama beliau kerana boleh jatuh maruahnya sebab lawak ni dibaca olehnya dari laman web Astro Ceria. Haha, laman web budak-budak tu. Baiklah, tak nak cakap intro panjang lebar sangat, jadi Bunk nak teruskan dengan matlamat kita di sini iaitu nak ceritakan satu lawak yang berkenaan dengan Produk Kebersihan dan wangian. Jangan marah Bunk kalau ini tidak membuatkan anda ketawa. Bak kata pepatah Bunk, "Different People Different Taste" gitu.


Ayuh Mulakan :


Seorang jurujual berusaha bersungguh-sungguh setiap hari untuk mempromosi produk miliknya tak kira siang, malam, pagi mahupun petang. Dia akan berjalan dari rumah ke rumah dan kadang-kadang dia juga mempromosi produknya di asrama sekolah. Dalam seminggu tu, dapatlah juga dia 10 ringgit.

Pada suatu hari, dia bercadang untuk mempromosikan produknya di asrama sebuah sekolah yang tidak jauh dari kediamannya. Dia pun mekap la cantik-cantik, kalau tidak siapa yang nak beli produk dia tu. Selepas 1 jam 30 minit berdandan, dia pun menuju ke asrama tersebut dan menemui seorang pelajar. Ikuti perbualan mereka : -

Jurujual : Apa Khabar Adik.
Pelajar  : Khabar Baik. Cik ni siapa?
Jurujual : Saya datang ke sini untuk mempromosi produk milik saya. sebelum tu, boleh tak kalau saya ingin mengajukan beberapa soalan?
Pelajar  : Sudah tentu, apa salahnya.
Jurujual : Apa jenama sabun yang adik guna ketika mandi?
Pelajar  : Sabun BABA
Jurujual : Apa pula jenama shampoo yang adik gunakan?
Pelajar  : Shampoo BABA.
Jurujual : Bagaimana pula dengan deadorant?
Pelajar : Saya guna Deadorant BABA.

Jurujual itu pun naik berang  :-

Jurujual : Jenama apa sebenarnya BABA tu, biar saya tengok. Entah-entah jenama tu tak bagus dan mungkin membawa kemudaratan.

Pelajar itu pun menjawab dengan muka penuh slamber :-

Pelajar  : Sebenarnya BABA tu kawan sebelah katil saya. Saya punya barangan semua dah habis dipakai. Jadi saya pinjam daripadanya.


Terkedu nampaknya si penjual. Dia pun pulang ke rumahnya dengan malu yang teramat.





~TOPPPPPPEEEEENG~
1 comments:

ntah pape larh plak...ngah bosan niey engat en ley lyan...mkin bowink ad larhhhh,,,,hmmmm


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?