BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Permainan Video Sukan Terbaik 2009

Labels:


   Pro Evolution Soccer 2010 atau nama singkatannya PES 2010 yang juga dikenali sebagai World Soccer : Winning Eleven 2010 di Jepun telah diisytiharkan  secara rasmi sebagai permainan video bertemakan sukan terbaik bagi tahun 2009. Antara saingan sengit PES 2010 ialah permainan video yang Bunk yakin hampir semua orang tahu iaitu FIFA 10. PES 2010 merupakan siri terbaru bagi "Pro Evolution Soccer" buat masa ini. Diterbitkan oleh syarikat yang tidak kurang hebatnya iaitu "KONAMI" dan direka untuk dimainkan di Playstation 3, Playstation 2, Playstation Portable, XBOX 360, Nintendo Wii, telefon mudah alih dan Windows (PC).

   PES 2010 telah diumumkan pada 8 April 2009 dan versi DEMO telah dikeluarkan pada 17 Seprtember 2009 untuk PC, PS3 dan XBOX 360. Permainan ini akhirnya dikeluarkan secara rasmi pada 23 Oktober 2009 di Eropah. Permainan ini kemudiannya dijual di pasaran seluruh dunia.

   Lionel Messi merupakan ikon bagi PES sejak beberapa tahun dan bagi PES 2010, Messi tetap menyerlah sebagai ikon utama PES 2010 selain daripada ikon sampingannya seperti Fernando Torres.

   Apa yang menarik dalam PES 2010 jika dibandingkan derngan PES yang sebelumnya ialah, Kualiti Gambar (Grafik) dalam permainannya memang amat mengagumkan. Setiap bintik atau kurap di muka juga mampu dilihat. Jersi pemain juga dapat dilihat seakan-akan jersi sebenar. Selain itu, dalam PES 2010, setiap gerakan pemain dibuat semula dan tidak menggunakan gerakan-gerakan PES yang sebelumnya kerana ia dianggap sudah basi. Ini adalah kerana sudah beberapa generasi PES menggunakan gerakan yang sama.


Read in English
Read in Malay

~TAMAT~
0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?