BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Spesis cicak pelik ditemui di BORNEO

Labels:
   Cicak pelik yang spesisnya belum pernah dikenal pasti buat pertama kalinya ditemui oleh Chris Austin di Borneo. Cicak yang ditemuinya itu dijumpai oleh Austin ketika dia sedang menjalankan kajiannya di Sarawak. Namun, dikhabarkan bahawa spesis itu telah diberikan nama saintifiknya pada tahun 2007. Tapi bunk tak pasti apa namanya itu.

   Pada ketika itu Austin bersama seorang rakannya Indraneil yang merupakan seorang pengkaji daripada Universiti Malaysia Sarawak mengesyaki bahawa spesis yang ditemui itu merupakan spesis baru. Tetapi Austin berpendapat mereka perlu memastikan dengan tepat dahulu sebelum penemuan ini diumumkan kepada Dunia.



   Berpendapat bahawa spesis itu merupakan spesis yang sukar dikenal pasti, Austin telah menjemput para ilmuwan sains untuk menelitinya bagi memastikan apakah spesis yang telah ditemuinya itu. Ia mungkin sekali spesis baru tetapi ia juga mungkin spesis lama yang mungkin semakin berkurangan akibat ancaman kepupusan.

   Cicak ini dikelaskan dalam spesis SKINK. Spesis yang rupanya paling hampir dengan spesis cicak ini telah ditemui di Filipina beberapa tahun sebelumnya. Austin yang baru berpindah ke New Guinea berpendapat bahawa di sana dia mungkin mampu menemui sebilangan lagi spesis yang masih belum dikenal pasti para saintis.

   Semasa menjalankan kajian di dalam hutan di Borneo, Austin menyatakan bukan cicak sahaja yang ditemuinya, malah beberapa spesis katak dan ular yang masih belum dikenali juga ditemuinya. Berpendapat bahawa kajian kepada sesuatu spesis baru memakan masa yang agak panjang, dia memutuskan untuk membawa hanya satu daripadanya iaitu cicak.







  
2 comments:

woi online la


cicak tu pernah makan pancing Mr J time kat sarawak dulu.


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?