BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Wanita Yang Tidak Pernah Mati

Labels:

USIANYA sudah melebihi 500 tahun, meliputi sejarah panjang melewati Revolusi Perancis dan dua Perang Dunia, namun kehebatan potret Mona Lisa karya seniman agung kelahiran Itali, Leonardo Da Vinci masih setia menarik kunjungan ribuan pengunjung ke Musee du Louvre di Paris setiap hari.

Dalam tempoh itu, lukisan cat minyak juga dikenali sebagai La Joconde itu pernah hilang selepas dicuri pada 1911, sebelum ditemui semula dua tahun kemudian.

Mona Lisa juga bertukar tangan dan tempat dari Chateau Fontainebleau, sebelum dipindahkan ke istana paling gah di Perancis, Palace of Versailles oleh Louis XIV.

Hanya selepas Revolusi Perancis tamat, pemimpin baru negara itu, Napoleon menukarkannya kepada Louvre, ke kamar tidur Napoleon I di Tuileries Palace, sebelum dikembalikan ke Louvre sesudah bertukar fungsi dari istana kepada muzium.

Menyedari nilai potret itu, Mona Lisa juga pernah disembunyikan di satu kawasan di Perancis sepanjang Perang Franco-Prussian War pada 1870-1871.

Menjadi antara karya seni paling diraikan di dunia, ia sudah beberapa kali diangkat sebagai tema dalam budaya pop termasuk filem pecah panggung Da Vinci Code (2006), adaptasi novel dengan judul sama tulisan Dan Brown. Selain itu, kisah dan misteri di sebalik penghasilannya tidak putus-putus menarik perhatian pengkaji dari segenap bidang.

Senyuman Mona Lisa itu kini dibawakan Malaysia menerusi pameran Da Vinci - The Genius yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara sehingga 17 Januari depan. Namun, ia bukan karya sebenar dari The Louvre, sebaliknya salinan potret di Muzium Louvre di Paris dengan ada yang dibesarkan untuk tatapan pengunjung.

Menariknya, pengunjung dapat membayangkan penghasilan karya agung ini menerusi rakaman semula secara fotografi berteknologi tinggi oleh jurutera Perancis, Pascal Cotte.

Dengan menggunakan kamera multi spektrum berteknologi infra merah, Cotte berjaya merungkai rahsia kerja tangan da Vinci itu sejak lakaran pertama.

Hasilnya, lapisan demi lapisan terbongkar termasuk isu bulu mata dan bulu kening yang tidak kelihatan pada karya asal, selain kesan kerja membaik pulih terhadap lukisan itu. Penemuan ini direkodkan menerusi salinan resolusi tinggi dengan paling besar berukuran 14 x 10 kaki dengan imbasan infra merah pada satu sudut khas di ruang galeri.

Menariknya, pameran ini bukan saja mengetengahkan salinan karya popular da Vinci pada era seni Renaissance di Eropah seperti Virgin of The Rocks dan The Annunciation.

Malah, ia turut meraikan kegemilangannya sebagai saintis, pakar anatomi, jurutera dan arkitek menerusi ciptaan dunia moden berdasarkan lakaran yang pernah dihasilkannya.

Karya Father of Flight yang menunjukkan da Vinci adalah individu pertama menggunakan sains penerbangan yang membantu mereka cipta peluncur, kapal terbang, helikopter dan payung terjun yang ada pada hari ini. Inovasi dalam dunia kejuruteraan kenderaan moden pula boleh dilihat pada Autotraction Car iaitu idea terawal kenderaan moden.

Ciptaannya turut merentasi sempadan masa. Da Vinci turut mereka pakaian menyelam membolehkan manusia membaiki bahagian bawah bot. Dalam situasi perang pula, ia memberi peluang kepada angkatan tentera melancarkan serangan dalam senyap kepada bot atau kapal lawan walaupun ketika berada dalam air.

Pengunjung juga berpeluang melihat replika berdasarkan lakaran kelengkapan perang paling popular iaitu The Tank.

Seorang askar akan di duduk di turret atau bahagian seperti menara kecil untuk memberi arahan, sementara lapan lagi di bahagian dalam menghidupkan enjin bersambung dengan empat roda utama sekali gus menggerakkannya.

Seperkara yang menarik, da Vinci menggunakan kemahiran menulis nota ringkas secara terbalik sama ada dari kanan ke kiri atau bawah ke atas dengan bantuan cermin pada lakaran. Ada mengatakan kaedah itu bertujuan untuk melindungi ideanya, namun ada pula berpendapat bahawa cara mengelak tulisan menjadi comot apabila menggunakan pena bulu pelepah.

Seksyen khas Anatomy & Anatomical Studies pula memaparkan lakaran terperinci organ dalam badan manusia berdasarkan bedah siasat dijalankan oleh da Vinci ke atas mayat.

Pengunjung juga dapat menyaksikan lakaran Battle Anghiari dihasilkan pada 1505 namun dikatakan tidak pernah dapat disiapkan sepenuhnya oleh da Vinci.



POTRET MONA LISA

>Dari Disember 1962 hingga Mac 1963, kakitangan kerajaan Perancis meminjamkan potret Mona Lisa kepada Amerika Syarikat untuk dipamerkan di New York dan Washington. Pada 1974, ia dipamerkan pula untuk tempoh terhad di Tokyo dan Moscow.

>Sebelum jelajah pada pada 1962-1963, lukisan itu dinilai kira-kira AS$100 juta (nilai ketika itu) untuk tujuan insurans. Walaupun insurans itu tidak pernah dibeli, peruntukan besar sebaliknya terpaksa digunakan untuk tujuan keselamatan.

>Potret itu kini dilindungi kaca kalis peluru. Ia terbukti berkesan mengelak sabotaj pengunjung. Pada April 1974, wanita yang kecewa dengan polisi muzium terhadap golongan orang kurang upaya menyembur cat merah ketika lukisan ini dipamerkan di Tokyo

>Pada Ogos 2009, wanita Russia yang gagal dalam permohonan kerakyatan Perancis membaling kole terra cota dibeli sebelum itu di muzium pada lukisan digantung di dinding The Lourve. Walaupun ia menyebabkan dinding kaca itu retak, ia tidak merosakkan Mona Lisa.




2 comments:

aku dgq ada lagi 1 lukisan mona lisa tp x igt apa dia.. :p


Ko ambik kat myMetro kan???


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?