BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Upin dan Ipin Angkasa (Menjelang 2011)

Labels:


Filem animasi 3D Malaysia yang kedua selepas filem "Geng : Pengembaraan Bermula" akan tiba pada 2011. Filem ini dihasilkan oleh syarikat yang sama iaitu "Les' Copaque" tetapi pada kali ini tajuk "Upin & Ipin Angkasa" menjadi pilihan. Yang menariknya dalam filem kali ini ialah dengan perubahan dari segi kualiti 3 dimensinya yang akan turut ditingkatkan dengan teknologi 3D terkini. Sememangnya amat pelik sekiranya ada orang yang tidak mengenali diri dua orang budak kembar iaitu "Upin & Ipin". Mereka berdua telah membawa fenomena ke alam Animasi negara dan berjaya memikat hati banyak penonton. Jadi, tidak hairanlah jika filem "Geng" sebelum ini berjaya mengutip sehingga lebih RM6 juta di perngkat pertengahan penayangan. Bunk pon tak pasti berapa kutipan akhir. Tapi tayangan cerita Geng ialah pada musim persekolahan dan bukannya cuti umum. Cuba bayangkan berapa kutipan Les' Copaque jika ditayang pada cuti umum, kemungkinan yang amat besar akan mencecah sehingga RM10 juta. Jadi, harap-harap, filem kedua ini dapat menandingi kutipan filem pertama.

Di sini, Bunk ada sediakan trailer yang dimuat turun dari http://www.upinipinangkasa.com/. Saksikanlah.




~TAMAT~
0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?