BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Allahyarham Mokhtar Dahari (Malaysiaku Gemilang)

Labels:


Dipetik dari wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari

   Dato' Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Julai 1991. Anak Selangor berkebolehan besar ini adalah lagenda bagi bola sepak kebangsaan MALAYSIA. Atas kehebatan, ketangkasan, dan kelajuan beliau menjaringkan gol sepanjang kariernya sejak 1972 telah menempahkan gelaran "SuperMokh" kepada beliau. Kariernya berakhir pada tahun 1985.

Biodata Ringkas :



   Apa yang BUNK paling bangga dengan beliau ialah, Beliau pernah ditawarkan untuk bermain dengan pasukan England B tetapi ditolak atas sebab kesihatan kalau tak salah.


   Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 18 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaikAsia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.




~TAMAT~
0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?