Ramai yang ragu-ragu sebelum membeli/download sesuatu software kerana takut takut akan ketidakpuasan hati setelah menggunakannya. Ketidak puasan ini datang apabila mungkin software yang telah dibeli/download itu tidak memenuhi apa yang anda mahukan. Dan ini akan mendatangkan rasa tidak puas hati. Jadi, Bunk akan menunjukkan kepada anda cara untuk membuat pilihan dengan tepat. Mari ikuti coretan Bunk.
Ikut langkah-langkah berikut :
1)Pergi ke : http://www.toptenreviews.com/
2)Pilih kategory yang tertera di atas web tersebut. Untuk tutorial kali ini, Bunk memilih kategori Software :
3)Anda akan dibawa ke satu page baru. Di sini, anda perlu memilih kategori software apa yang anda inginkan. Untuk kali ini, Bunk memilih kategori Multimedia :
4)Kemudian, anda akan di bawa ke satu lagi senarai yang perlu anda pilih berkaitan dengan kategori yang baru sahaja anda pilih sebentar tadi. Di sini, Bunk telah pilih Video Converter Software :
5)Anda akan dibawa ke satu page berlainan yang memuatkan senarai 10 Video Converter Software teratas. Bukan itu sahaja, 10 software-software itu akan disenaraikan perbandingannya. Jadi, anda boleh melihat kepada fungsi yang setiap software sediakan. Dengan ini anda dapat membuat pilihan dengan lebih tepat.
6)Laman web ini bukan sahaja memuatkan review untuk software sahaja malah banyak lagi seperti yang tertera dalam gambar di bawah :
Terima kasih kerana sudi membaca post Bunk sehingga tamat. Jumpa lagi di lain post. See ya.....
Post a Comment