BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Layari laman web kesukaan anda di masa silam

Labels:
   Baiklah, Bunk rasa nak kongsikan sesuatu yang sangat menarik kepada Bunk tetapi mungkin anda tidak. Harap-harap anda juga suka dengan apa yang Bunk ingin tunjukkan....

   Hari ni, Bunk nak ajar korang cara-cara untuk kembali ke masa sebelumnya bagi sesebuah laman web. Tetapi ingat, bukan semua laman web berhasil. Kebanyakkan web yang berhasil hanyalah web-web yang popular seperti YouTube, Google, Yahoo dan sebagainya.

OK, Bunk tahu ada pembaca yang kurang faham tentang apa yang Bunk jelaskan di atas.

Jadi, ini contohnya :

Sekarang YouTube tahun 2009
anda boleh melayari YouTube pada tahun 2005 dengan apa yang Bunk akan ajarkan.


Mari Mulakan :

1) Buka mana-mana laman web yang anda mahu untuk melayarinya di masa sebelumnya. Dalam tutorial kali ini Bunk pilih YouTube : Lihat gambar di bawah yang menunjukkan page YouTube di masa kini.



2)Pergi ke web ni : http://www.archive.org/



3) Lihat pada ruangan "WayBackMachine" dan taipkan web yang anda mahukan. Untuk kali ni, Bunk taipkan http://www.youtube.com/ seperti yang tertera dalam gambar di bawah.




4)Klik pada "Take Me Back" dan anda akan dibawa ke page baru yang mengumpulkan tarikh-tarikh web yang anda taipkan tadi di masa sebelumnya. Rujuk gambar di bawah.




5)Pilih mana-mana tarikh yang anda mahukan dan klik pada tarikh itu. Sekarang anda akan dibawa ke tarikh yang dikehendaki. Ingat, bukan semua tarikh berfungsi. Ada juga yang berfungsi tetapi mungkin gambar di web itu sudah tiada atau sebagainya.




6)Inilah rupa YouTube di tarikh yang Bunk pilih dalam gambar di atas.


1 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

What do you think about this blog?